· Definisi Pencemaran Udara
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan
dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan
negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki
kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih
bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada
suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan
manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia
berbahaya ke dalam atmosfera.
· Contoh Bahan yang Mencemarkan Udara
1.AKTIVITI
PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat
telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan
organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan
cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang
mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala
kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan
hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan
sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon
dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke
udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan
kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak
pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh
aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .
2.KENDERAAN BERMOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,
lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan
setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem
pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan
juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan
motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan
awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004,
14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke
tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan
kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
3. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan
sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara
apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke
udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur
aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
· Sumber Bahan yang Mencemarkan Udara
Sumber
bahan pencemar udara ada 5 ,
ia merupakan penyebab utama (sekitar 90%) terjadinya pencemaran udara global di
seluruh dunia yaitu:
1.
Gas
karbon monoksida, (CO)
2.
Gas-gas
nitrogen oksida, (NOx)
3.
Gas
hidrokarbon, CH
4.
Gas
belerang oksida, SOx
5.
Partikulat-partikulat
(padat dan cair)
Gas
karbon monoksida merupakan bahan pencemar yang paling banyak terdapat di udara,
sedangkan bahan pencemar berupa partikulat (padat maupun cair) merupakan bahan
pencemar yang sangat berbahaya (sifat racunnya sekitar 107 kali dari sifat
racunnya gas karbon monoksida).
· Kesan Pencemaran Udara
Kesihatan
manusia
Kesan utama pencemaran
udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan
melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang
itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti
nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan
tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan
inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap
atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian
yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan
adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun),
klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan
menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain
itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau
mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang
memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan
akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan
Kesan kepada bahan
bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran
pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.
Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan
logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida di dalam udara.
· Langkah untuk Menghalang dan Mengawal Pencemaran Udara
Menghalang Pencemaran Udara
1.Mengurangi pemakaian bahan bakar fosil terutama yang
mengandung asap serta gas-gas polutan
lainnya agar tidak mencemarkan lingkungan.
2. melakukan penyaringan asap sebelum asap dibuang ke udara
dengancara memasang bahan penyerap polutan atau saringan;
3. Mengalirkan gas buangan ke dalam air atau dalam lauratan pengikat sebelum
dibebaskan ke air. Atau dengan cara penurunan suhu sebelum gas buang
ke udara bebas;
4. membangun cerobong asap yang cuup tinggi sehingga asap dapat menembus
lapisan inversi thermal agar tidak
menambah polutan yang tertangkap di atas suatu pemukiman atau kita;
Mengawal Pencemaran Pencemaran Udara
Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan
ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang
mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara
untuk jangka masa pendek
sahaja
Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egen
pentadbiran Negara telah mengubal pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran
udara. Sebagai contoh,
industry besar dan kecil diwajibkan menapiskan asap
yang dikeluarkan. “Watscrubber” merupakan penapis asap kilang dengan
penyembur air dan batu kapur pada asap.
Proses inidapat mengurangkan sulphur dioksida sampai 90%