Sunday 6 October 2013

battlefield 4.


It seems like my favourite games out now.


With realistic experience & superb fx. 


special thing in (battlefield 4) is,

Levolution,
Crush,
Real explosive.

cheers,
Atif Ousman

Thursday 3 October 2013

kurang pengisian.




subhanallah. 
lately pengisian aku kurang,
baru sedar, betul apa yang pernah dicakapkan 
(Ustazah)
dulu, once you step out of this school,
you are on your own. So here, we teach, you on 
how to be a better person in future.
syukurlah from the rahmat tuhan berikan 
untuk aku tergerak mendengar ceramah-ceramah agama.

=)
atif
ousman

Pencemaran Udara

  ·      Definisi Pencemaran Udara
   
   Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.

Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

  ·      Contoh Bahan yang Mencemarkan Udara

  
1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .


2.KENDERAAN BERMOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.


3. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

  ·      Sumber Bahan yang Mencemarkan Udara

   Sumber bahan pencemar udara ada 5 , ia merupakan penyebab utama (sekitar 90%) terjadinya pencemaran udara global di seluruh dunia yaitu:


1.  Gas karbon monoksida, (CO)
2.  Gas-gas nitrogen oksida, (NOx)
3.  Gas hidrokarbon, CH
4.  Gas belerang oksida, SOx
5.  Partikulat-partikulat (padat dan cair)


Gas karbon monoksida merupakan bahan pencemar yang paling banyak terdapat di udara, sedangkan bahan pencemar berupa partikulat (padat maupun cair) merupakan bahan pencemar yang sangat berbahaya (sifat racunnya sekitar 107 kali dari sifat racunnya gas karbon monoksida).

  ·      Kesan Pencemaran Udara

   Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.


Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.


Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.


Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

 ·      Langkah untuk Menghalang dan Mengawal Pencemaran Udara

Menghalang Pencemaran Udara
1.Mengurangi pemakaian bahan bakar fosil terutama yang mengandung asap serta gas-gas  polutan lainnya agar tidak mencemarkan lingkungan.
2. melakukan penyaringan asap sebelum asap dibuang ke udara dengancara memasang bahan penyerap polutan atau saringan;
3. Mengalirkan gas buangan ke dalam air atau dalam lauratan pengikat sebelum dibebaskan ke air. Atau dengan cara penurunan suhu sebelum gas buang ke udara bebas;
4. membangun cerobong asap yang cuup tinggi sehingga asap dapat menembus lapisan inversi      thermal agar tidak menambah polutan yang tertangkap di atas suatu pemukiman atau kita;


Mengawal Pencemaran Pencemaran Udara

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak   peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek
sahaja


Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egen pentadbiran Negara telah mengubal pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran udara. Sebagai contoh, industry besar dan kecil diwajibkan menapiskan asap yang dikeluarkan. “Watscrubber” merupakan penapis asap kilang dengan penyembur air dan batu kapur pada asap. Proses inidapat mengurangkan sulphur dioksida sampai 90%