Sunday 6 October 2013

battlefield 4.


It seems like my favourite games out now.


With realistic experience & superb fx. 


special thing in (battlefield 4) is,

Levolution,
Crush,
Real explosive.

cheers,
Atif Ousman

Thursday 3 October 2013

kurang pengisian.




subhanallah. 
lately pengisian aku kurang,
baru sedar, betul apa yang pernah dicakapkan 
(Ustazah)
dulu, once you step out of this school,
you are on your own. So here, we teach, you on 
how to be a better person in future.
syukurlah from the rahmat tuhan berikan 
untuk aku tergerak mendengar ceramah-ceramah agama.

=)
atif
ousman

Pencemaran Udara

  ·      Definisi Pencemaran Udara
   
   Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.

Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

  ·      Contoh Bahan yang Mencemarkan Udara

  
1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .


2.KENDERAAN BERMOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.


3. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

  ·      Sumber Bahan yang Mencemarkan Udara

   Sumber bahan pencemar udara ada 5 , ia merupakan penyebab utama (sekitar 90%) terjadinya pencemaran udara global di seluruh dunia yaitu:


1.  Gas karbon monoksida, (CO)
2.  Gas-gas nitrogen oksida, (NOx)
3.  Gas hidrokarbon, CH
4.  Gas belerang oksida, SOx
5.  Partikulat-partikulat (padat dan cair)


Gas karbon monoksida merupakan bahan pencemar yang paling banyak terdapat di udara, sedangkan bahan pencemar berupa partikulat (padat maupun cair) merupakan bahan pencemar yang sangat berbahaya (sifat racunnya sekitar 107 kali dari sifat racunnya gas karbon monoksida).

  ·      Kesan Pencemaran Udara

   Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.


Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.


Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.


Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

 ·      Langkah untuk Menghalang dan Mengawal Pencemaran Udara

Menghalang Pencemaran Udara
1.Mengurangi pemakaian bahan bakar fosil terutama yang mengandung asap serta gas-gas  polutan lainnya agar tidak mencemarkan lingkungan.
2. melakukan penyaringan asap sebelum asap dibuang ke udara dengancara memasang bahan penyerap polutan atau saringan;
3. Mengalirkan gas buangan ke dalam air atau dalam lauratan pengikat sebelum dibebaskan ke air. Atau dengan cara penurunan suhu sebelum gas buang ke udara bebas;
4. membangun cerobong asap yang cuup tinggi sehingga asap dapat menembus lapisan inversi      thermal agar tidak menambah polutan yang tertangkap di atas suatu pemukiman atau kita;


Mengawal Pencemaran Pencemaran Udara

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak   peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek
sahaja


Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egen pentadbiran Negara telah mengubal pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran udara. Sebagai contoh, industry besar dan kecil diwajibkan menapiskan asap yang dikeluarkan. “Watscrubber” merupakan penapis asap kilang dengan penyembur air dan batu kapur pada asap. Proses inidapat mengurangkan sulphur dioksida sampai 90%

Saturday 10 August 2013

Maaf Zahir & Batin




Selamat Hari Raya.

if I make any mistake please forgive me,


this is a festival
Malaysian call it 
hari raya aidil fitri )

basic wifi hacking for (WEP)


hi.

 now i'm gonna teach u how to hack wifi basically (WEP) based security
and the name of the wifi start from number 0.

thease r the step...

1.u have to find wifi start from 0 , example 07BC1A.

2.to make the password & u have to cut the 0 & + 1FFB0 on the back of the wifi name.

3.& that's it the wifi password is 7BC1A1FFB0.



cheers :),
atif ousman

grammar o literature

ohh, harinie terasa nak bercerita

pasal bahasa inggeris,

sebab dua tiga menjak nie, kerap jugak 

duk post entry dlm english,
haha, 

bukan gua nak berlagak english gua bagus,
tapi senang nak express ape2 kalu dlm bahasa inggeris nie
tak macam dalam bahasa melayu.
bukannya aku tak patriotik sebab duk post entry dlm english,
tak cintakan bahasa sendiri cuma rasa nak express
and cerita yang nak disampaikan tu mcm senang 
lagi kalu tulis pakai bahasa inggeris neh.
contohnya,

"guys! i'm sweating!"

kalu dalam bahasa melayunya,

"rakan-rakan, saya berpeluh!"

tak ke pelik bunyinynya? skema pun ada!
cuba korang try yang nie plak,

" I screwed up!"

" Saya skrew atas"

pelik kut. bunyinya.
hahaha, takpe2 lupakan pasal tu.
sini ade satu story nak share sebenarnya.
pasal english gua yang time tu, ya rabbi...
sebab bile ditengok english gua dari kecik sampai besar
banyak perubahan, itu yang gua nak share crite menarik.

dulu, perasaan nak english tu power ade, membuak-buak
kut bile tgk mak sedara gua dkat rumah dok mendengar
lagu westlife, lagu backstreet boys,
duk mendendangkan uptown girl dalam bilik,
sronok bile tgk mak sedara gua duk menyanyi dlm bilik,
maklum lah dulu mak
sedara duduk dgn gua
tapi gua duk sorang2 kat luar main susun askar hijau.



pastu ada satu haritu mama aku bawak balik buku kampung boy,
pergh, punyalah aku nak bacakan,
sebab asyik duk tgk si mat tu dalam
astro ria jea, ye lah, time tu, umah aku takde astro mcm skrg,
time tu umah aku pakai antena tudung periuk tu jea


ye ah, nak beli booster pun family gua tak mampu
banyak pakai duit,
si mama pulak bekerja di bank sepenuh masa,
dgn si abah kerja gas malaysia,
jadi tinggal lah aq , adikku dan bibik di rumah
so, perbelanjaan kami, mmg cukup2 untuk makan dan pergi sekolah.
so, perasaan aku nak belajar bahasa inggeris tu mmg mebuak2 lah
kan, sebab si mat dalam kampung boy tu pulak,
kartun favoirite aku


tapi belek2 sekali bahasa inggeris lah pulak,
memang haram aku tgk gambar
je lah, cuma ada lah sekeping dua tuh,
paham lah jugak sebab ade tulisan
melayu skit2, yang lain2, hak tuiih mmg tgk2 je lah.

pastu kalu korang perasan cikgu2 yang mengajar
bahasa inggeris nie selalunya paling kiut miut,
dgn dressing pun x se skema cikgu2 lain dkat skolah,
dgn perangai dorang yang macam open,
tapi main thing is muka dorang yang kiut, comel manja tu
lah yang buat aku nak sangat rapat kenal dorang,
biar dorang sayang aku lebih2, eh eh,
time tu sekolah rendah, tak ada lagi hawa nafsu neh.
hahahaha,
jgn pikir pelik2 ye


tak adalah sampai cenggini cikgu gua,
nie kalu cikgu mcm nie,
mmg english gua stop slang tade
dah mcm nie, stop mat salleh punya!
.




ha, mcm nie lah cikgu english gua,
best kan? sedap mata dilihat,
haha, tapi yang buat aku semangat nak
rapat dengan cikgu english nie,
sebab dia nie suka buat joke!
ya allah, muka nampak ada sedikit garang kan,
tapi sumpah crack cikgu nie, open kut,
mcm2 ha diceritanya,
tapi yang buat aku segan nak berdampingan dengan dia
is buatnya dia buat lawak dalam bahasa inggeris
dgn gua, haaaa, masak ah gua,
satu hal la pulak nak semak kamus, semak kamus satu keje,
nak mengarang nak sebut pun blum tentu btul.
silap aribulan,
itu yang boleh keluar struktur ayat tahap
cambridgre oxford tuh.

"teacher, you has been looking little beautiful today,
not like yesterday, what it is your secret?"

bukan boleh percaya sangat lidah
melayu gua nie.
pastu, kekadang gua geram jugak tengok
sesetengah dari membe2 yang
duk berdampingan dengan cikgu english gua yang cambest nie,
since gua tak dapat berdampingan dgn cikgu tu kan.
golongan2 nie yang suka baca CLEO, Mangga dalam kelas,
yang selalu kelihatan di kala rehat
di kantin, di library duk bertanyakan, bergelak, berjenaka
dengan cikgu english nie,
takpun, kalu ade aktiviti disebelah petang,
mereka2 nie boleh didapati di kfc, mcd ke pizza hut.
Kire tempat orang standard-standard la






gua? oh gua pun baca jea majalah CLEO nie,
haha, seronok kut dengan colourfulnya,
nak-nak part yang ada tunjuk horoscope tuh,
lepas baca, punyalah suka gua pergi tanya budak2
pompuan yang sekelas gua, sebab budak2 pompuan
jah yang macam tahu updated horoscope nie.

gua pun tanyalah

aku: "hey fatin, ko lahir bulan apa?"

 fatin: "januari"

aku: "ko aquarius eh horoskop ko?"

fatin: "oh, hebat ko, tahu horoskop apa aku!"

hoho~ kembang kempis hidung gua,
bermaksudnya gua nie up - to - date lahkan.
ye ah, darjah 1-2 dah tahu horoskop2 mat salleh nie.
gua skolah kat shah alam je pon.,
korang pernah dengan nama sekolah kebangsaan Alam Megah 2?
Alam Megah ya everybody,
tgk, sape pun tak tahu. nampak sangat sekolah gua skolah


ulu bandar, tapi gua tak kisah, sronok kut skolah nie.





sambung balik kisah gua baca CLEO tadi,
setiap page tuh gua selak dengan laju sekali
dengan sekali sekala tu menyelak rambut, dengan
silang kaki gaya mat salleeh! hoo, style!
confidence level, toksah cakap ha, gua tarik paras tinggi laut,
padahal bukan baca sangat pun, setakat
tgk gambar terdedah sana terdedah sini,
pastu nak menampakkan yang gua nie
memahami magazine english tu sekali sekala
gua sebutlah

"hey! nice boobies! bitch!"

patu agak2 ade joke ke ape ke
gua ketawa tone dia lain sikit bile baca CLEO nie.

"ahaks"

kawan2 yang kat sekeliling takyah cakap ah,
nak tegur pun tak berani, takut gua mencarut bahasa inggeris,
yang stop bunyi,

"you shiface, dam dam!" (damn damn)

tapi pronounce tak btul kan.
bunyi mmg lari lah kan.

*****************************************************************

sekali, di satu pagi tu,
gua datang sekolah untuk ambik result UPSR,
pergh, time tuh tok sah cerita lah,
hati bergegar berdebar2 stop
mcm lembu korban nak kena sembelih,
dah lah first exam besar pernah aku ambik.
dah lah sorang2 aku pergi skolah, sambil2 tunggu hakimie dekat
depan pagar sekolah.
bile hakimie sampai jea, kitaorang terus jalan masuk dewan.

tiba-tiba, guru besar masuk dengan mukanya,
ho, happy bangat!
mcm berita dah baik,
sekali dia pun kasi lah ucapan yang selama
nie aku rasa, ucapan paling boring pernah aku dengar
tapi haritu sepatah perkataan pun aku tak lupa.

"harinie, sekolah kita mencatat sejarah sekolah
yang paling ramai dapat keputusan 5A di daerah Hulu Langat"

"kita diumumkan sekolah terbaik peringkat negeri Selangor juga,
dengan memperolehi 73 orang calon mendapat 5A dalam UPSR"

ohh, gua? gua senyum panjang lebar lah mok cik pok cik
gua antara 73 orang tuh dah mesti, dengan
bangga diri kut, berdebar ape semua tuh terus hilang!

patu time cikgu kasi slip,
cikgu apetah aku dah tak ingat, dia tgk jea aku,
terus dia senyum lebar

"ATIF!"

aku mmg makin tak berdebar lah, dengan happynye
aku terus melangkah, nak ambik slip aku,

"tahniah atif, awak dapat 3A 2B, B Matematik dgn Sains!"

aku diam, pergh, bagai dipanah petir,bulan dan bintang,
terus senyap tanpa menyedari air mata
meleleh dalam kelopak mata, tak dapat nak diseka lagi.
perasaan rasa hiba, sedih sekali,
tak tahu nak cerita apakah dkat
abah, mak sedara, mamaku dirumah.

lepas kemas2 slip, barang2 aku, aku tumpang
hakimie naik kereta untuk balik rumah,
sepanjang balik aku diam jea,
tak bercakap dengan sapa2 pun dlm kereta,
sambil non-stop menangis, menangis sebab aku tak dapat 5A!
sampai dirumah, abah telefon,
dengan nada excited tanya keputusan aku,

abah: " abang dapat berapa UPSR ?"



aku: "dapat 3a 2b jea, b Matematik dgn Sains"





abah: " abang bt apa? main game bnyk sngt ke?"

tutttttt. terus dia letak telefon,
aku naik ke atas rumah, tgk mama, tgk mak sedara,
aku gumpal2 slip upsr tuh, baling dekat atas lantai,
masuk bilik nangis sampailah aku tertido.

syukurlah walaupun dpt 3A 2B,
atif ousman